Wednesday, December 2, 2009

Wasiat kepada pemimpin Musleem...

Pensyarah Kursus Hubungan International di Universiti Kaherah itu mencadangakan agar negara Islam mempunyai strategi berserampang dalam menangani:

a. Globalisasi Ekonomi
b. Glibalisaso Politik dan Keamanan
c. Globalisasi Budaya

a. Dalam konteks globalisasi ekonomi; diperingkat negara umat Islam,beliau mencadangkan agar setiap negara mempunyai rancangan nasional membasmi buta huruf, meningkat kualiti dan keupayaan institusi pendidikan dan penyelidikan. Mengembangkan budaya celik komputer dan yang lebih penting memulakan pembangunan industri – teknologi dengan penekanan pemindahan teknologi dan pengeluaran.Dalam konteks hubungan antarabangsa negara islam terdapat empat bidang penting untuk mereka berkerjasama dan menangani gejala globalisasi melalui pembebasan perdagangan,pemindahan teknologi, hak milik intelektual dan institusi ekonomi serantau.

b. Mengenai strategi menghadapi globalisasi politik dan keamanan beliau mencadangkan
bahawa di peringkat dalam negara umat Islam perlulah diperkasa pembangunan institusi
masyarakat madani yang melibatkan partisipasi orang ramai dan rakyat agar wujud
kemantapan dalaman menghadapi campurtangan asing dan mewujudkan iklim yang sihat
bagi perkembangan dan pertumbuhan negara. Ini bermakna menghormati dasar berbilang
parti, berbilang bangsa, dan bahasa.Dalam peringkat antara negara Islam wajar diajukan wawasan dan model dasar keamanan politik Islam alternatif bersama. Selaras dengan itu OIC perlu digerakkan untuk menangani konflik antara negara-negara Islam untuk memelihara keamanan bersama. Selain dari itu perlu juga dibina Mahkamah Keadilan Antarabangsa Islam untuk mengatur prosedur penyelesaian konflik dalaman dan luaran.Dalam kontek hubungan negara Islam dan negara-negara selatan kerjasama dan rangka kerja keamanan dan politik wajar dirumus agar negara-negara serantau boleh menghadapi tekanan kuasa besar globalisasi.Mengenai hubungan dengan negara kuasa besar yang mendefinisikan tujuh arah operasi keamanan global pilihan negara umat Islam agak terbatas. Namun negara-negara umat Islam perlu terlibat sekurang-kurangnya dalam dailog Eropah, NATO, ASEAN dan sebagainya untuk menampilkan perspektif mereka.

c. Berhubung dengan globalisasi budaya maka diperingkat dalam negara umat Islam perlulah dibangun rupa budaya nasional setiap negara. Antaranya merangkum projek membasmi buta huruf, meningkatkan kualiti pendidikan, menggalakkan dailog untuk menjana kesepakatan umum dalam hal-hal berkenaan di samping mengaktifkan institusi masyarakat madani untuk melindungi jati diri dan asas budaya nasional.Bagi negara umat Islam yang mempunyai warga negara yang rencam; muslim dan bukan Islam maka batas dan kaedah hubungan antara agama yang sihat perlu dirintis untuk menjana kesepakatan. Begitu juga tentang perlaksanaan undang-undang dan dasar Islam
yang bijaksana serta dapat mengelakkan konflik yang kadang-kadang sengaja dicetus oleh pihak asing untuk memecahbelahkan perpaduan dalaman.Dalam masa yang sama diperingkat hubungan antara negara-negara umat Islam perlu diadakan siri dialog agama, budaya dan peradaban untuk menyelesaikan isu-isu yang menjadi tajuk pertikaian. Isu mazhab Sunni Syiah dan sebagainya supaya negara islam lebih berpsatupadu dalam menghadapi cabaran globalisasi.

No comments:

Post a Comment