Monday, December 14, 2009

"SALAH KE IF SAYA WAHABI???"

"Salah ke if saya ni Wahabi?"...kedengaran satu suara garau dari bilik menunggu. Saya hanya berdiam diri sambil menarik nafas panjang untuk menutralkan darah gemuruh. Maklumlah, saya ni x boleh dengar org tinggikan suara...tambahan pula beberapa minit sahaja lagi tibalah giliran saya utk ditemuduga. Buat masa skrg ni, isu WAHABI adalah antara isu sensitif dan panas dibicarakan di Malaysia. Rata2 tempat I/V yg saya hadhiri semuanya curiga dgn fahaman saya, tambahan pula saya ni bekas pelajar Jordan. Itu x menjadi masalah...yg jadi problemnye bile org cop saya wahabi tp sekalipun x pernah bertanya ape sumber taqlid sebenar saya.

"Afrah munira bt Yusof..."tersentak saya apabila nama comel itu memenuhi ruang gegendang telinga saya..hu3.Saya melangkah dgn penuh yakin bagi menutup segala debaran yg sedang melanda hati saya ketika itu. "Assalamualaikum..."salam diberi dgn senyuman, panel menjawab tanpa senyuman...saya mengambil tempat dgn penuh tanda tanya. Setelah itu saya ditanya dgn beberapa soalan, lalu saya menjawab berdasarkan pengetahuan yg saya ada, keadaan menjadi sedikit tegang kerana soalan yg bertubi2 membuat saya kurang selesa. Ape nk buat, kita hanya menjawab ape yg ditanya...Ape2 persepsi diorang pd saya...terpulang!

Saya ditanya tentang apakah hukum tidak berwirid dan berdoa selepas solat.Tanpa rasa bersalah saya bersahaja menjawab "x de masalah...solat itu wajib tp wirid dan doa plak sunat...berdasarkan maksud istilah sunat itu...x slh klu kite tinggalkan sekiranya berada dlm kesibukan...yg penting itu solat". "Ape komen anda jika saya mengatakan anda wahabi?"...saya disergah dgn soalan yg membakar benak itu...hu2.

"Saya x pernah kisah if org nk kate sy Wahabi...what's ur point? hanya krn sy lulusan Jordan!!! yg sy tau, sy ahli sunnah wal-jamaah...sy x pernah kenal sape itu Wahabi! yg sy tau sy hanya pernah membaca kisah hidup beliau melalui internet...apakah saudara yg bertanya ini sudah kenal dgn Wahabi??? Apakah saudara yakin beliau benar2 mahu memesongkan fahaman ahli sunnah terhadap fiqh terutamanya...??? Apakah tiada langsung sumbangan beliau terhadap fiqh kontemporari? soalan yg terakhir..adakah saudara mencerca wahabi serta pandangannya???" "kami hanya mahu pandangan awak, x perlu tanya kami..." sy menjawab semula.."baiklah,bagi sy...mencerca mazhab bukanlah contoh yg baik serta bukan sifat org yg educated...tambahan pula kita2 yg berada di dalam dewan ini...selayaknya kita berfikiran luas dlm menangani isu ini,tahap pemikiran org yg berpelajaran tinggi dlm bidang agama sepatutnya tidak menyalahkan aliran yg lain atau pendapat lain atau mazhab lain...kita patut menghormati mazhab yg x sealiran dgn kita, serta kita mesti mengetahui apakah dalil kita mahu berpendirian pd mazhab ikutan kita itu...jgn la bila org x sefahaman dgn kita je..dh kita hukum dia wahabi...sy x pernah teringin pon nk taklid wahabi...malah sy berpendirian utk tidak mengikut mana2 mazhab yg kabur dan tidak ada susunan kaedah pengeluaran hukum yg jelas. Bg sy 4 mazhab terkemuka ini cukup jelas susur galur kaedah fiqh hukumnya utk sy bertaqlid...dr segi pandangan peribadi, sy lebih menyukai serta mengikut pandangan Imam Asy-Syafie krn ianya cukup mengambil langkah berjaga2 dari syubhah (dari sudut ibadah)...dr sudut permasalahan kontemporari, sy prefer pandangan ibn taimiyah yg byk menggunakan kaedah2 fiqh yg tersusun untuk mengeluarkan pandangan terhadap sesuatu hukum 'nazilat'.. ianya berdasarkan kupasan dr ke-empat2 mazhab yg terdahulu (Hanafi, Malik, Shafie, Hanbali)...

BERSAMBUNG!!!!!!!!!!!

Nantikan kisah seterusnya!!!

Wassalam...

Wednesday, December 2, 2009

Wasiat kepada pemimpin Musleem...

Pensyarah Kursus Hubungan International di Universiti Kaherah itu mencadangakan agar negara Islam mempunyai strategi berserampang dalam menangani:

a. Globalisasi Ekonomi
b. Glibalisaso Politik dan Keamanan
c. Globalisasi Budaya

a. Dalam konteks globalisasi ekonomi; diperingkat negara umat Islam,beliau mencadangkan agar setiap negara mempunyai rancangan nasional membasmi buta huruf, meningkat kualiti dan keupayaan institusi pendidikan dan penyelidikan. Mengembangkan budaya celik komputer dan yang lebih penting memulakan pembangunan industri – teknologi dengan penekanan pemindahan teknologi dan pengeluaran.Dalam konteks hubungan antarabangsa negara islam terdapat empat bidang penting untuk mereka berkerjasama dan menangani gejala globalisasi melalui pembebasan perdagangan,pemindahan teknologi, hak milik intelektual dan institusi ekonomi serantau.

b. Mengenai strategi menghadapi globalisasi politik dan keamanan beliau mencadangkan
bahawa di peringkat dalam negara umat Islam perlulah diperkasa pembangunan institusi
masyarakat madani yang melibatkan partisipasi orang ramai dan rakyat agar wujud
kemantapan dalaman menghadapi campurtangan asing dan mewujudkan iklim yang sihat
bagi perkembangan dan pertumbuhan negara. Ini bermakna menghormati dasar berbilang
parti, berbilang bangsa, dan bahasa.Dalam peringkat antara negara Islam wajar diajukan wawasan dan model dasar keamanan politik Islam alternatif bersama. Selaras dengan itu OIC perlu digerakkan untuk menangani konflik antara negara-negara Islam untuk memelihara keamanan bersama. Selain dari itu perlu juga dibina Mahkamah Keadilan Antarabangsa Islam untuk mengatur prosedur penyelesaian konflik dalaman dan luaran.Dalam kontek hubungan negara Islam dan negara-negara selatan kerjasama dan rangka kerja keamanan dan politik wajar dirumus agar negara-negara serantau boleh menghadapi tekanan kuasa besar globalisasi.Mengenai hubungan dengan negara kuasa besar yang mendefinisikan tujuh arah operasi keamanan global pilihan negara umat Islam agak terbatas. Namun negara-negara umat Islam perlu terlibat sekurang-kurangnya dalam dailog Eropah, NATO, ASEAN dan sebagainya untuk menampilkan perspektif mereka.

c. Berhubung dengan globalisasi budaya maka diperingkat dalam negara umat Islam perlulah dibangun rupa budaya nasional setiap negara. Antaranya merangkum projek membasmi buta huruf, meningkatkan kualiti pendidikan, menggalakkan dailog untuk menjana kesepakatan umum dalam hal-hal berkenaan di samping mengaktifkan institusi masyarakat madani untuk melindungi jati diri dan asas budaya nasional.Bagi negara umat Islam yang mempunyai warga negara yang rencam; muslim dan bukan Islam maka batas dan kaedah hubungan antara agama yang sihat perlu dirintis untuk menjana kesepakatan. Begitu juga tentang perlaksanaan undang-undang dan dasar Islam
yang bijaksana serta dapat mengelakkan konflik yang kadang-kadang sengaja dicetus oleh pihak asing untuk memecahbelahkan perpaduan dalaman.Dalam masa yang sama diperingkat hubungan antara negara-negara umat Islam perlu diadakan siri dialog agama, budaya dan peradaban untuk menyelesaikan isu-isu yang menjadi tajuk pertikaian. Isu mazhab Sunni Syiah dan sebagainya supaya negara islam lebih berpsatupadu dalam menghadapi cabaran globalisasi.