Salam Hormat...Salam Ukhuwwah...Salam PERMATA...
Pertamanya, maaf andai coretan ini menyentuh hati sesiapa... jika ada, itu bukan maksud saya untuk menyakiti hati sesiapa.
Semalam saya x dapat lelapkan mata...entah kenapa saya terasa amat sayu apabila terpandang papan kalendar yang bertulis 13 Sept 2009. Rupa2nya, sedar x sedar setelah menghitung...hanya tinggal 12 hari sahaja lagi untuk saya menyumbangkan sesuatu kepada PERMATA dan ahli PERMATA yang lain. FYI saya akan pulang ke tanah air tercinta buat selama-lamanya pada tarikh tersebut, dengan menaiki KUWAIT Airways Flight.
Bila sebut tentang sumbangan, saya sekali lagi memohon jutaan kemaafan kepada AJK pelaksana IHYA' RAMADHAN kerana tidak mempunyai kesempatan untuk bersama2 participate dalam program kalian. Ini bukan kelemahan kalian dalam mengendalikan program, tetapi mase yang sempit dan terlalu sibuk untuk saya mengemas barang2 serta menyiapkan ijraat dalam tempoh yang singkat. Saya amat berharap kalian memahami situasi ini...saya faham, kalian tidak memerlukan saya...tapi saya hanya takut jika ada yang terasa dengan gerak geri saya yang kadang2 menyakitkan hati...(no hug feeling ya...). Dulu saya pernah menjadi anggota pengendali program, ketika itu saya amat terasa dengan ahli2 PERMATA yang sengaja x mahu participate program PERMATA...tapi sekarang saya adalah ahli biasa yang cuba memahami pimpinan PERMATA sekarang...harap maaf wahai kalian yang berjiwa pemimpin.
Semalam, buat kali terakhirnya saya melangkahkan kaki ke Jameah Mu'tah bagi menyiapkan ijraat. Alangkah sayunya hati saya dan kawan2 masa nak matikan stem di Barid Jameah..."Ni kire last la kan kite datang jameah" tiba2 saya bersuara. Yong pun menganggukkan kepalanya sambil menyusun kertas2 musodaqoh dan kashfu alamat dengan riak muka yang sayu. Walau pun pada ketika itu saya x dapat melihat riak muka sumayah kerana beliau berniqab, namun renungan matanya memberi maksud kepada saya yang hatinya juga sama seperti saya...kosong dan sayu.
Let me talk about perjalanan yang kami lalui semalam, "Kakak, kashfu alamat dah keluar" Yong bersuara dari katil Ila. Saya pun memanjangkan perbualan dengan nada terkejut "aik! kate kashfu kuar ari selasa...sape bagi tau Yong?". Dengan nada bersahaja Yong menjawab "Faizol...". Lalu Yong, Akak dan saya membuat keputusan untuk pergi ke Jameah bersama Ikhwan dan Sumayah. kami pergi bersama2 dengan menaiki van. Dengan hati yang bercampur baur antara sedih dan gembira kami terus melangkah menuju ke Maliah untuk membayar JD9 (musodaqoh dan kashfu alamat English).
Setelah selesai membuat pembayaran, kami bergerak ke tempat yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di Mu'tah ini...mana lagi kalau tidak di bangunan qabul tasjil. Selepas print kami ke bilik Asmahan untuk memeriksa data transcript tersebut..."wein bint" Asmahan bersuara dengan nada marah. Berderau darah saya, rupa2nya musoqah English saya di print tanpa BINTI. Aduh! penatnya...terpaksalah saya mengikut que semula di kaunter print untuk bertanyakan tentang masalah saya yang tersilap print itu. Apabila sampai di kaunter die memberikan saya faturah dan menyuruh saya murojaah dengan Anas di tingkat 2 bangunan hadapan. Setelah mendapatkan pasword dari Anas, saya kembali ke kaunter print semula untuk membuat pembetulan pada nama serta print semula musodaqah dan result slip. Setelah selesai print...saya menarik nafas lega dan Asmahan pun menandatangani ijraat saya. Terima kasih Akak dan Ikhwan...ketika saya kelam kabut membetulkan nama merekalah yang membantu saya meringankan tekanan...(tolong pegangkan kertas dan fotostat). Terima kasih juga pada Yong dan Sumayah kerana sanggup membuang masa menunggu untuk bersama2 saya bagi meneruskan peringkat proses ijraat yang seterusnya.
Setelah selesai urusan di bangunan itu, kami menuju ke bangunan hadapan untuk mendapatkan tandatangan Faeez dan cop. Di situ juga kami menerima dugaan...Faeez x izinkan kami menguruskan ijraat kawan2. "Aduh! macam mana Mida dan Wa" hati saya mula tidak keruan dan kasihankan kawan2 saya yang masih berada di Mesir...Mesir tu...bukannya macam Kerak dan Mu'tah...mana mungkin mereka pulang segera. Lalu Yong dan Akak memungut semula kertas ijraat Mida dan Wa yang ditolak oleh Faeez tadi. Kami keluar dengan langkah yang hampa kerana tidak dapat menyiapkan ijraat mereka bersama. Kami pergi ke kaunter cop untuk mengecop kesemua ijraat kami yang sudah selesai. Kami tidak berpuas hati, lalu kami kembali ke bilik Faeez...Kami berasa amat kecewa setelah mendapati biliknya berkunci...Akak dan saya membuat keputusan untuk menunggu sehingga beliau kembali ke kantornya. Saya x kira la aib ke tidak...yang saya tahu ketika itu saya amat penat dan saya duduk bertinggung sahaja di hadapan biliknya. Tiba2 berbunga hati saya apabila melihat Faeez terkocoh2 menuju ke biliknya itu. Saya dan akak apa lagi...terus berlari2 anak mendahului que dan kami bernasib baik kerana dia tidak mengecam kami...huhu...Alhamdulillah...semuanya selesai di situ setelah mengambil cop.
Akak dan saya terus menuju ke maktabah untuk mendapatkan Ikhwan, Yong dan Sumayah...kami berjumpa mereka di bilik taswir. Setelah selesai taswir kami menuju ke lif...Tiba2 "Eh! Yong ade pegang x kashfu alamat mida yang BI punye?". Keadaan menjadi keruh semula apabila akak mendapati kashfu alamat Mida tiada di tangannya. Perjalanan kami untuk ke Barid Jameah terhenti seketika. Akak mencari semula kashfu alamat Mida di bilik taswir. Tiba2 akak muncul semula di hadapan lif maktabah dengan muka cemas..."Bilik tu dah kunci la...". Aduh! dugaan apakah ini??? Saya dan ikhwan pun tanpa melengahkan masa terus mendapatkan salah seorang pustakawan di situ. Beliau amat baik kerana sanggup membantu kami mencari k.alamat tersebut. Beliau memasuki bilik taswir melalui pintu kecil...lalu beliau berkata "Ma fi isyik". Kami semua kecewa dan mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Kami terus menuju ke Barid kerana jam menunjukkan hampir pukul 2 petang. Dawam abis pukul 2...Kami bimbang x sempat matikan stem. Sampai sahaja di barid kami kecewa apabila melihat pekerja barid menggelengkan kepalanya tanpa dawam sudah pun habis. Saya pun terduduk keletihan dan kecewa. Tiba2 kami nampak Rudy meluru ke bahagian kiri floor barid...kami pun mengikutnya dari belakang...hahhahhahaha! tergelak besar kami, sebab kami meluru ke tempat yang salah tadi. Mungkin encik barid tu ingat kami nak pos kad raya...huhuhu! Habis urusan di situ maka tamatlah urusan kami sebagai pelajar Jameah Mu'tah...Selepas ini kami hanya akan lalui urusan sebagai graduan Universiti Mu'tah...
SELAMAT TINGGAL UNIVERSITI MU'TAH...